Pertandingan Lukisan - "Bintang Bola Sepak Kegemaranku"

Pertandingan Lukisan - "Bintang Bola Sepak Kegemaranku"

Persaingan Liga Perdana Inggeris (EPL) semakin sengit. Manchester City dan Liverpool bersaing rapat untuk menjuarai EPL, liga profesional paling popular di dunia. Ramai rakyat Malaysia adalah peminat dan penyokong pasukan English Premier League.

Siapakah pemain bintang kegemaran anda? Kami ingin menjemput anda menyertai pertandingan lukisan bertajuk, "Bintang Bola Sepak Kegemaranku."

Berikut adalah syarat-syarat pertandingan lukisan tersebut:

Tajuk: "Bintang Bola Sepak Kegemaranku"

A. Penyertaan: Terbuka kepada pelajar-pelajar  Kolej/Universiti (Kategori A) dan Sekolah Menengah (Kategori B). 

B. Hadiah untuk Juara Kategori A (Kolej/Universiti)

i) satu set Winsor & Newton Cotman Water Colour 8ml (12 tiub) bernilai RM177.30.

ii) dan satu set warna lain kegemaran anda (sehingga RM200) dari kedai online Premier Art (di www.premierart.com.my)

C. Hadiah untuk Juara Kategori B (Sekolah Menengah)

i) satu set Winsor & Newton Cotman Water Colour 8ml (12 tiub) bernilai RM177.30

ii) dan satu set warna lain kegemaran anda (sehingga RM200) dari kedai online Premier Art (www.premierart.com.my)

D. Bahan Melukis: Menggunakan cat air, cat akrilik atau cat minyak di atas kertas atau kanvas. 

E: Saiz Lukisan: Saiz Bebas.

F. Syarat-Syarat Pertandingan

i) setiap peserta perlu memberi butir-butir seperti berikut bersama penyertaan mereka:

Nama, Umur, Tingkatan/Tahun Pengajian, Nama Sekolah/Kolej, Alamat Rumah dan Nombor Telefon.

ii) setiap peserta hanya boleh menghantar satu hasil lukisan.

iii) peserta perlu mengambil foto lukisan mereka dan mengirimkan foto tersebut kepada penganjur melalui emel ke alamat berikut: contest@premierart.com.my sebelum berakhir tarikh tutup 20 Mei 2019

iv) setiap peserta perlu menulis sebab mereka menggemari pemain tersebut (dalam kurang daripada 30 perkataan). 

v) pihak penganjur berhak menggunakan foto lukisan dari peserta untuk pengumuman keputusan pertandingan dan promosi lain.

vi) keputusan hakim pertandingan adalah muktamad.

G. Penghakiman dan Pengumuman Keputusan Pertandingan

Penghakiman akan dijalankan oleh juri hakim Premier Art dalam masa 7 hari selepas tarikh tutup pertandingan. Keputusan pertandingan dijangka diumumkan di laman Facebook Premier Art pada 28 Mei 2019. 

Premier Art selaku penganjur pertandingan mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini. 


cotman water colour set.jpg

Winsor & Newton Cotman Water Colour 8ml Set (12 tiub)



Older post Newer post