10 Lukisan Termahal Di Dunia

10 Lukisan Termahal Di Dunia

Melukis memerlukan seni dan kreativiti tersendiri, namun perlu kita tahu bahawa bukan semua orang pandai melukis, itu hakikatnya.

Ia adalah bakat semulajadi atau hasil usaha ketekunan diri sendiri.

Ada yang melukis secara suka-suka, ada juga yang menjadikannya sebagai satu karier.

Namun tidak kiralah bakat anda lahir dari mana, sudah pasti anda ingin mereka menghargai setiap karya yang anda hasilkan.

Terdapat beberapa lukisan yang dijual paling mahal di dunia.

1. Lukisan Monalisa

Artis: Leonardo Da Vinci
Harga: US$ 670 juta
Siapa yang tidak terpesona dengan lukisan “Mona Lisa Smile”? Ramai ilmuwan seni Perancis cuba memecahkan rahsia di sebalik pesona karya legenda Leonardo da Vinci itu.

Pakar dari Pusat Penelitian dan Muzium Perancis itu menyatakan bahawa lukisan da Vinci dilakukan dengan teknik ekstratipis.

Da Vinci menerapkan 30 lapisan untuk lukisannya yang mengagumkan.

Setiap lapis hanya setebal 40 mikrometer iaitu setengah dari ketebalan rambut.

“Teknik itu disebut sfumato,” kata salah satu peneliti, Philippe Walter.

Teknik itulah yang membuat da Vinci berjaya menciptakan ilusi dan bayangan menakjubkan dalam lukisannya.

2. No.5, 1948

Artis: Jackson Pollock
Harga: USD$142.7 juta
Lukisan abstrak oleh Pollock yang merupakan pelukis Amerika terkenal dengan gerakan ekspresi abstraknya.

3. Woman III

Artis: Willem de Kooning
Harga: USD$140.2 juta
1 dari 6 lukisan Kooning yang memfokuskan tema wanita. Pada November 2006, ia dijual oleh David Geffen kepada jutawan Steven A. Cohen dengan harga USD$137.5 juta.

4. Portrait of Adele Bloch-Bauer I


Artis: Gustav Klimt
Harga: USD$137.6 juta
Disiapkan pada 1907. Menurut laporan akhbar, ia dijual pada harga USD$135 juta kepada Ronald Lauder untuk galerinya, Neue Galerie di New York.

5. Portrait of Dr. Gachet

Artis: Vincent van Gogh
Harga: USD$129.7 juta
Terdapat dua versi saduran potret ini, kedua-duanya dimusnahkan pada Jun 1890.

Kedua-duanya menunjukkan Doctor Gachet duduk di meja dan menyandarkan kepalanya pada tangan kanan, tetapi ia dapat dibezakan dengan mudah.

6. Bal au moulin de la Galette, Montmartre

Artis: Pierre-Auguste Renoir
Harga: USD$122.8 juta
Pada waktu ia dijual, ia merupakan antara dua lukisan yang paling mahal pernah dibeli oleh Saito.

Saito menerima bantahan apabila mengatakan bahawa dia ingin membakar lukisan ini bersama-samanya apabila dia mati.

Tetapi ia telah dijual pada pembeli yang tidak diketahui hingga kini.

7. Garçon à la pipe

Artis: Pablo Picasso
Harga: USD$113.4 juta
Dimiliki oleh estet John Hay Whitney, pada 5 Mei 2004, ia dijual pada harga USD$104.1 juta dalam sebuah jualan lelong di New York.

8. Irises

Artis: Vincent van Gogh
Harga: USD$97.5 juta
Merupakan antara karya pertamanya ketika berada di Saint Paul-de-Mausole, Saint-Remy-de-Provence, Perancis sebelum kematiannya pada 1890.

9. Dora Maar au Chat

Artis: Pablo Picasso
Harga: USD$97.0 juta
Dora Maar au Chat ialah lukisan 1941 yang dilukis oleh Picasso.

Ia menggambarkan kekasih Picasso, Dora Maar, sedang duduk di atas kerusi dengan kucing kecil berada di bahunya.

10. Portrait de l’artiste sans barbe

Artis: Vincent van Gogh
Harga: USD$90.1 juta
Potret Vincent van Gogh sendiri, bersama-sama dengan bunga mataharinya. Beliau menghasilkan 12 potret sendiri antara 1886 – 1889.

(Sumber: Free Malaysia Today, 21 Okt 2019)



Older post Newer post